Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Friday, December 16, 2011

Surat Cinta Ajib.



Hari ni gua telah mengambil keputusan nekad. Ini tentang hidup mati cinta gua. Gua dah buat keputusan untuk meluahkan cinta hati gua pada jiejah( bukan nama sebenar) untuk kesekian kalinya. Gua dah prepared awal-awal dah surat cinta untuk jiejah yang gua karang 3hari 2malam dengan bantuan  Dollah Runcit.


Time mula-mula gua nak mintak tolong Dollah Runcit tu, memang gua kena gelak je la kan dengan dia. Ikut kan hati gua, gua memang taknak cerita dekat Dollah Runcit tapi gua terpaksa sebab gua mana ada pengalaman mengarang surat-surat cinta ni. Si Dollah Runcit tu nampak je selenge tapi girlfriend keliling pinggang wo.


Ikutkan sebenarnya gua ni, boleh dikategorikan dalam golongan idaman gadis-gadis jugak la. Tapi semua yang cuba ngorat gua, semua gua reject mentah-mentah mana taknya banyak yang menggedik semacam je dekat gua.  Entah kenapa, dekat jiejah  yang gua selalu gaduh tu jugak la yang berjaya menambat hati dan sanubari gua. Sehari gua tak gaduh dengan jiejah buat gua tak senang duduk. dan gua sengaja selalu kutuk gigi arnab dia tu, sebab gua suka tengok dia marah. Comel!


Gua datang-datang je kelas, gua terus cari jiejah. After perhimpunan pagi, gua pesan dekat siti yang gua nak jumpa jiejah dekat belakang kelas gua nak buat perhitungan terakhir antara hidup dan mati. Gua saja je nak gertak jiejah. 


Dari jauh gua dah nampak jiejah senseng lengan baju dia. Hamboi~ jiejah ni bersemangat pulak nak buat perhitungan dengan gua. 


Sampai je jiejah dekat depan gua. Gua tenung je dia dengan renungan yang ikhlas, yang melambangkan perasaan gua dekat dia saat itu. Jiejah yang elok-elok pandang tajam tepat ke dalam anak mata gua, terus tertunduk tersipu. Segan agaknya bila gua tenung dia sebegitu. Selalunya dia balas balik renngan gua, selagi gua tak 'blah' selagi tu la dia akan balas balik tenungan mata gua. Jiejah mana pernah nak kalah!


Gua senyum ke jiejah lepas tu gua cakap la gua nak berdamai, gua dah buat surat perjanjian pendamaian. Hati gua dah mula berdegup kencang. Gua rasa poket baju gua, tak ada. Gua raba-raba pulak poket seluar gua. Arghh!! mana gua letak ni. 


Gua suruh jiejah tunggu sekejap gua nak cari dalam beg. Habis satu beg gua selongkar, dalam buku-buku semua gua cari, tak ada jugak surat cinta untuk jiejah yang gua dah karang tu! Mana gua letak ni?! Jiejah gua tengok, dah mula berasap.


Hah!(tepuk dahi) gua baru teringat, surat tu ada dalam baju sekolah gua semalam. Adeh! (dah seminggu gua bawak surat tu ke hulu ke hilir nak bagi dekat jiejah tapi tak punya kekuatan, saat gua nekad ni jugak la gua boleh pulak tertinggal) Mampus jiejah mengamuk karang! nanti dia ingat gua nak mainkan dia pulak. Apa gua nak cakap ni??


Last-last gua cakap dengan jiejah gua tak ada mood nak buat perhitungan hari ni. Lepastu je gua terus duduk dekat tempat duduk gua. Untuk pertama kalinya gua tak gaduh dengan Jiejah untuk satu hari ni. Mood gua hanya perasaan gua pada Jiejah, pada surat yang gua karang tu je.


Balik je rumah gua namapk kakak gua pegang satu kertas ni. Tersengih-sengih pandang gua penuh makna, yang mak gua dah usha lain macam. Gua tenung punya tenung baru gua perasan tu surat cinta gua! erk~ Unta padang pasir betul la! Kakak gua dah mengekek-ngekek gelak diselang-seli dengan bahn-bahan perli yang menusuk kalbu gua! erk! Menyebok betul!



Notakecik : Kesimpulannya, jangan letak surat cinta merata-rata. Ini kisah surat cinta adik gua, Ajib. hee ^^


2 comments:

  1. ade bakat tulis novel la awak nih. hikhik

    ReplyDelete
  2. heheee yeke yatie.. tulis sesaja.hee tq! ^^

    ReplyDelete