Saat-Mula-Mengenali
Dalam hiruk pikuk kelas, lepas semuanya mencekik breakfast dipagi hari yang indah. Biasalah bila perut kenyang, hati senang. Kesenangan yang di porak perandakan tu, tiba-tiba bertukar lepas cikgu bagitahu yang hari ni kitaorang akan mula kelas agama. ok, macam-macam respon ada lepas cikgu bagitahu tu. Yang tak pakai tudung tu, pakat kelam kabut cari tudung.
Dalam debaran menanti ustazah datang, kami tertanya-tanya jugak apa rupa ustazah ni, agak-agak membusankan ke tak? best ke? hati semua tak keruan. dalam hati tak kurang jugak yang mengeluh rasanya, normal la tu kan. Inilah realiti kehidupan.
Ustazah masuk je, ok. Macam-macam persepsi keluar dari benak fikiran masing-masing. Tak terkecuali la gua kan. Gua sedikit gerun jugak la. Alamak! mampus. (kata kawan gua) Dari raut muka ustazah yang kami tafsir dari luaran, ustazah nampak sangat warak, straight dan seerti dengannya. #erghhhh! ada yang dah mula rasa sesak nafas pun ada gua tengok.
Kelas dimulakan dengan bacaan doa.
Mukadimah ustazah buat gua rasa dah lain macam. Bila ustazah mula bukak story agama pada kitaorang, gua dah mula rasa bahawa kelas ustazah sangat best rupanya. Persepsi gua dan kawan-kawan mula berubah sedikit demi sedikit. Ustazah yang kami panggil Umie sebenarnya tak seperti apa yang dijangka. Umie sebenarnya sangat sempoi dan kelakar.
Umie tak moden tapi umie sangat best! 24 jam umie bisa buat gua geli hati. Kata-kata yang keluar dari umie bagi gua sangat ikhlas, sebab dia akan layan dari apa segi sekali pun yang lu orang tanya. Comel je umie ni. heee ;)
Apa gua boleh cakap, don't judge a book by it's cover itu yang pasti kan. ^^
bersambung...
No comments:
Post a Comment