Kata orang mimpi itu mainan tidur. Banyak jugak maksud-maksud mimpi yang ditafsir. Antara nya yang gua pernah dengar bila kita mimpi seseorang tu maknanya orang tu tengah rindu kita? yeke? Gua musykil jugak, kita yang mimpi dia, tapi dia yang rindu kita. Itu sangat tak tahu la nak percaya atau tidak.
Sejak kebelakangan ni pun, gua asyik mimpi orang yang sama yang sebenarnya gua tak nak mimpi pun. Tak tahu la apa maksudnyakan.
Mimpi pertama gua sebulan lepas, gua mimpi gua terserempak dengan seorang gadis yang pada gua tak perlu pun untuk sesekali gua mimpi dia.
Mimpi kedua gua pulak pagi tadi, gua mimpi gua duduk berborak dengan seorang lelaki pulak, dalam situasi kedua pulak gua lebih tenang tanpa rasa sakit hati dan menerima segalanya dengan hati terbuka.
dan kedua-dua tu memang ada kaitannya antara satu sama lain itu yang pasti.
Gua taknak percaya pada apa pun, just bagi gua. Itu sebenarnya sendiri melambangkan perasaan gua sekarang kot, apa benda yang ada dalam kepala gua iaitu sekarang gua lebih tenang dan menerima segalanya dengan hati terbuka. Alhamdulillah.
Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya. Jodoh pertemuan ajal maut semua ditangan Tuhan. Gua terima segalanya dengan Redha. InsyaAllah.
REDHA itu ikhlas, PASRAH itu menyerah. ^_^
No comments:
Post a Comment