Seperti biasa, Milah awal-awal pagi lagi dah bangun kejutkan gua solat subuh. Selagi gua tak bangun dari katil selagi tu jugak la Milah duk membebel tak tentu hala. Kadang-kadang gua tension jugak, tapi selebihnya gua sangat bersyukur sebab kalau tak ada Milah terlajak-lajak la subuh gua setiap hari.
Dan seperti kebiasaannya jugak, lepas gua siap solat subuh je mesti gua kena siapkan makanan untuk Milah. Gua pun tak tahu la si Milah ni perut dinasour ke apa, pagi-pagi buta dah merengek-rengek mintak makanan! patut la montel. Dalam leceh-leceh gua pun, tak sampai hati la pulak gua biarkan Milah ni kelaparan, so dah menjadi rutin harian gua untuk sediakan makanan untuk Milah setiap pagi.
Tapi sesuatu yang sangat pelik gua perasan sejak kebelakangan ni, Milah lebih kerap mintak makan dekat gua. Makanan Milah selalu habis pulak tu, licin hingga menjilat jari. Sedap sangat ke makanan yang gua hidangkan dekat dia? Padahal makanan yang sama je selalu gua bagi dia.
Gua mula melancarkan rancangan untuk mengintip Milah. Sepanjang hari gua usha je milah ke mana dia pergi, apa dia buat semuanya tapi gua tak jumpa pulak benda-benda yang memusykilkan gua. Cuma yang musykilnya, makanan Milah hilang sejurus gua dan Milah lepak-lepak dalam bilik gua. Keluar-keluar je bilik, Milah nak sambung makan makanan yang dia tak habis makan tadi sudah hilang. Ini sangat memusykilkan.
Maknanya, masalahnya sekarang bukan Milah tapi makanan Milah yang menjadi misteri dan tanda tanya?? Tak apa, gua akan terus intip Milah esok hari! erk~ silap! intip makanan Milah! Yup.
Esoknya, gua buat macam biasa. Pagi-pagi gua setia hidangkan makanan untuk Milah. Tapi sebenarnya gua ada agenda yang tersendiri. Selesai je Milah makan, gua ajak Milah lepak bilik gua lagi. Milah ni, suka benar landing atas katil gua lepas makan. Mana tak gemuknya lu ni Milah! adeh! Gua join Milah landing, tapi kali ni gua sengaja biar pintu bilik terbukak. Oleh kerana bilik gua sebelah dapur je, so gua boleh jugak la nampak kalau ada apa-apa yang mencurigakan.
Tengah duk gua best lepak-lepak dengan Milah, gua terdengar bunyi sesuatu dekat dapur. Gua nampak ada something dekat tepi oven. Gua ajak Milah skodeng, tapi boleh pulak la Milah ni pura-pura tidur! dasar pemalas! So gua skodeng sorang-sorang, misi tetap diteruskan.
Gua mengendap slow-slow, gua merangkak ke tepi pintu. Hah! memang kantoi! gua sampai je dekat tepi pintu, gua tak terus sergah menyerang. Gua duduk diam-diam dekat tepi pintu, gua sua-kan sikit kepala sambil mata merenung tajam ke arah pencuri makanan Milah tu. Dia macam terasa ada something yang memerhati, dia toleh je ke belakang terus melompat terkejut, sekali dengan gua-gua sekali menjerit terkejut. Hah! memang kantoi la kan Husin yang curik makanan Milah. Menggagau kau kan larik lintang pukang cari pintu keluar.
Selepas tu misteri makanan Milah pun dapat di bongkar. Rupa-rupanya bukan Husin sekor je yang songlap makanan Milah, rupanya Husin and the geng. Cis!! dalam pada gua dah tahu dalangnya tu, Husin and the geng masih berani lagi datang rumah gua songlap makanan Milah. Pantang gua leka sikit mesti makanan Milah di songlap nya. Kurang ajar! nasib gua baik. Kalau tidak berbalan-balan badan Husin and the geng gua kerjakan. grrr~
Notakecil : Milah, anak kucing kesayangan gua. Husin and the geng pulak kucing-kucing tanpa gua tahu tuannya yang suka duk melepak dekat belakang rumah gua.
No comments:
Post a Comment