Assalamualaikum.
Ok. gua mahu kupas balik sedikit cerita dalam buku Sperma Cinta by Aisa Linglung. Buku yang gua beli masa dekat Art for Grabs + KL Alternative Bookfest 2011 dekat Central Market Annexe hari tu, lepas gua baca feedback dalam internet gua berkobar-kobar pergi sana untuk beli walaupun gua baru nak baik demam. (agak-agaknya sebab gua la linglung berjangkit demam. Maaf). Dari buku ini jugak gua dapat ilham untuk bukak semula blog gua yang satu ni. Setelah sekian lama gua tutup penuh sawang bersama minat gua. Minat menaip seberapa banyak perkataan yang boleh.
Ok. gua mahu kupas balik sedikit cerita dalam buku Sperma Cinta by Aisa Linglung. Buku yang gua beli masa dekat Art for Grabs + KL Alternative Bookfest 2011 dekat Central Market Annexe hari tu, lepas gua baca feedback dalam internet gua berkobar-kobar pergi sana untuk beli walaupun gua baru nak baik demam. (agak-agaknya sebab gua la linglung berjangkit demam. Maaf). Dari buku ini jugak gua dapat ilham untuk bukak semula blog gua yang satu ni. Setelah sekian lama gua tutup penuh sawang bersama minat gua. Minat menaip seberapa banyak perkataan yang boleh.
Berbalik pada cerita Sperma Cinta ni. Gua rasa cerita dia ada macam-macam perasaan yang menggamit sanubari gua. Kadang-kadang gua ada rasa macam sengal-sengal ubi pun ada baca buku ni. Hahaa Memang tak menghampakan. Kauorang boleh dapatkan buku ni dekat Aku Linglung. Sikit cerita menarik yang gua nak share dengan kauorang semua. Hope Linglung tak kisah (jangan saman gua sudah~).
Ini antara cerita favourite gua :
Kisah : Persoalannya timbul
Gua duduk bersimpuh di ruang tamu rumah papan. Sekali-sekala kain batik sarung gua betulkan bila terselak ditiup angin. Rona-rona senja mula menjamah usia petang, suasana bingkas kelam. Gua masih setia duduk bersimpuh, menunggu seseorang yang belum kunjung tiba.
"Dah nak maghrib dah ni, jantan kamu tu tak sampai-sampai lagi", kata seorang perempuan yang gua tak berapa cam muka dia. Kata-kata itu betul-betul bagai merobek ranting-ranting semangat gua itu jam.
Anak tudung gua betulkan. Gua masih bersabar. Air teh O suam yang ada seorang perempuan iras-iras warga Indonesia sediakan tadi dah tak berapa suam gayanya. Biskut meri pun dah naik liut masuk dek angin. Gua pandang ke jam dinding yang bersangkut atas pintu rumah. Dah pukul 7.10 malam. Gua tunduk pandang ke lantai. Perasaan bercampur baur, marah, serba-salah, geram dan pasrah. Entah.
"Omak, den raso dio tak datag ni omak," gua bersuara dalam loghat nogori. Gua garu-garu dada gua yang tiba-tiba gatal lepas kena gigit dek nyamuk lelaki.
"Tu la omak dah kato..Leman tu tak guno..pesen celako",seorang perempuan membalas, mak gua agaknya.
Persoalannya adalah kenapa harus gua pakai kain batik sarung dan bertudung? Persoalannya lagi, mengapa gua boleh bercakap loghat nogori? Gila betul. Persoalan lain, kenapa gua tunggu Leman datang rumah gua sambil duduk bersimpuh? Dan kenapa gua jadi perempuan? Leman nak datang masuk meminang gua? Semua persoalan itu bermain-main dalam otak.
Semua persoalan di atas gua tak dapat jawab sekaligus. Semuanya timbul bila gua dapat mimpi paling tak berfaedah sepanjang gua hidup malam tadi, mimpi gua tunggu Leman masuk minang di sebuah rumah papan. Macam palat mimpi itu.
Sekian. TAMAT.
Hahaaa memang kelakar la! Cerita pasal kuih 3 seringgit tu pun gua suka! Pasal berak tu pun, memang tak boleh belah. Geli!~hee dan banyak lagi cerita best, kalau kauorang nak tahu kena la beli sendiri. Kaorang boleh dapatkan dekat Aku Linglung. Kalau agak-agak kesempitan wang boleh pinjam dekat gua tapi kena datang rumah ambik la kan, gua kasi pinjam. :) Sekian. Gua nak tidur. Selamat Malam!
Notahati : Gua dalam proses baca buku Republik Kutu yang buat gua rasa macam baca buku seram je. Macam-macam perasaan gua rasa, walaupun gua baru baca 5-10 helai. Member gua pelik, baca buku pun boleh rasa seram. Gua pun pelik dengan diri sendiri. hehee tapi itulah gua, suka imagine di luar kotak pemikiran sendiri. Hurm, gua teringin nak baca buku Tentang Kentang by Saharil Hasrin Sanin. Hari tu gua tak bawak banyak duit untuk beli macam-macam buku dekat sana. Ada siapa-siapa boleh kasi pinjam sama gua? Peace! ^^'v
erkkkk
ReplyDelete;)
ReplyDelete