Bila di fikir-fikir semula, kenangan itu sebenarnya adalah sesuatu yang indah.
Kenangan zaman kanak-kanak yang gua mula lupa dari hari ke hari.
Gua hampir lupa tentang kenangan kita semua.
Tapi itu tak membataskan gua untuk mengingat tentang ke-nakalan kita semua.
Tingkatan 3 Cemerlang menggamit seribu satu kenangan.
Kenangan sebelum semuanya berpisah memburu impian masing-masing.
Kita dengan dunia kita sendiri.
Keriuhan, kenakalan dan kelucuan semua itu kenangan.
Gua ingat lagi!gua paling suka subjek seni.
Gua suka melukis walaupun lukisan gua hanya setanding budak darjah enam!
tapi perasaan bangga masih ada untuk menyatakan lukisan gualah paling hebat saat itu!
hahahaaa Itu semua kenangan.
Kenang balik sekolah,
Oleh kerana kecerdikkan kami selaku pelajar pintar sekolah.
Dikala waktu kelas tamat, semua pelajar berpusu-pusu pulang.
Gua dengan bangganya akan berlari-lari anak menuju ke stesen bas yang 500 meter jauh dari sekolah.
Itu semua untuk mengelakkan bas penuh jika tunggu di depan sekolah.
Walhal kalau gua jalan kaki balik rumah pun dah sampai jika guna jalan pintas.
Dikala zaman 3C dulu,
Tempat favourite budak-budak yang dikira sedang meningkat remaja macam kami ni adalah di kedai 7Eleven.
Setiap kali pulang sekolah pasti itu destinasi utama.
Nak kata ada jualan murah, itu adalah mustahil.
Tapi yang pasti pekerja 7E tak pernah menghampakan. HENSEM!
Bila bercerita tentang kenangan,
Itu semua pasti takkan pernah selesai.
Kenangan sentiasa akan memburu kita sampai bila-bila.
Notablog : Gua rindu kenangan kita semua! a lot of love AA.
No comments:
Post a Comment