Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Sunday, June 26, 2011

Hati.



Aku manusia yang benci pada perangai mereka..

Mereka yang cakap pakai mulut bukan pakai hati!

oh. HATI.
dimana rasa? 
dimana jiwa?

Candle Light Dinner with en. Prince


B.A.H.A.G.I.A. Ya! hanya itu yang dapat gua ungkapkan saat dan ketika ini. Bahagia gila gua rasa bila impian gua untuk candle light dinner dengan Prince Charming pengarang jantung intan payung gua termakbul.  Segangster-gangster gua dalam hati ada taman tau.

ok sambung..
Dengan bunyi biola yang mendayu-dayu di iringi muzik jazz yang penuh  gemersik, suasana lampu yang kelam menaikkan lagi suasana romantiknya yang tersendiri.

Dalam suasana penuh romantik kelihatan dua merpati dua sejoli duduk menjamu selera dihujung penjuru restoran (ya! itu gua dengan en. Prince). Tiba-tiba si pria (en. Prince) bangun lalu naik ke atas pentas mendendangkan sebuah lagu khas untuk si gadis (gua). Wow!suara yang begitu amazing, paling sedap yang pernah gua dengar abad ini. Ya! mak..anak mak sudah benar-benar jatuh cinta!..

Setelah itu, si pria tiba-tiba dia keluarkan sebuah kotak merah. Hati ini mula tidak keruan dup dap dup dap. Apakah agaknya kejutan ini? (terdetik dihati nakal gua, 'dah macam Af dah ada kejutan-kejutan ni.' )Ok. guq memang agak banyak terpengaruh dengan dunia TV. Ah! persetankan saja itu semua, yang gua tahu sekarang gua akan dapat kejutan dari en. Prince.

Tiba-tiba en. Prince melamar gua..,melamar untuk menjadi kekasih hati.

OMG! apa yang perlu gua buat ni? benar la kata orang, orang yang gigi yang agak jarang-jarang macam gua ni memang susah  nak buat keputusan” monolog gua dalam hati kecil ii. Gua terkedu dan rasa macam nak pengsan 5 minit tapi gua batalkan niat budak-budak gua tu.

Rasanya seperti baru semalam gua berangan Prince Charming itu jadi milik gua. dan hari ini ia benar-benar berlaku.

Ya! debaran makin terasa. dalam keterujaan, jantung gua makin lama makin kuat bergetar. dup dap dup dap (banyak-banyak kali).

Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang gua tak perasan dari mana datangnya tiba-tiba simbah air pada muka suci gua ni.

Tanpa di cover-cover gua menjerit. "Wooooooiiiiiiiiiii!!!!"

erk~gua menyesal tiba-tiba ter-menjerit!
dalam sekelip mata semuanya berubah, tiada lagi en. Prince, tiada lagi bunyi alunan muzik, tiada lagi si pemain biola, yang ada di depan gua hanyalah seorang perempuan si penyimbah air.

“Wooiiiii!! potong stim betul la!! gua baru syok nak feeling-feeling mimpi ni. Arghhh!!!~"
Arghhh!!! lepas hari tu je, gua memang frust gila-gila sebab tak sempat terima lamaran en Prince. Semua ni gara-gara pe'ah yang sangat dengki simbah air dekat gua saat gua tengah best -best diulit mimpi  bersama en. Prince gua. grr~ seminggu gua merajuk dengan pe'ah. Mogok tak cakap dengan dia!!

Saturday, June 25, 2011

Sudah-sudah la tu

Sudah-sudah la tu kawan.
Berhentilah bermain dengan cinta,
Belajar lah untuk setia.

Friday, June 24, 2011

Sperma Cinta by Aisa Linglung

Assalamualaikum.

Ok. gua mahu kupas balik sedikit cerita dalam buku Sperma Cinta by Aisa Linglung. Buku yang gua beli masa dekat Art for Grabs + KL Alternative Bookfest 2011 dekat Central Market Annexe hari tu, lepas gua baca feedback dalam internet gua berkobar-kobar pergi sana untuk beli walaupun gua baru  nak baik demam.  (agak-agaknya sebab gua la linglung berjangkit demam. Maaf). Dari buku ini jugak gua dapat ilham untuk bukak semula blog gua yang satu ni. Setelah sekian lama gua tutup penuh sawang bersama minat gua. Minat menaip seberapa banyak perkataan yang boleh.

Berbalik pada cerita Sperma Cinta ni. Gua rasa cerita dia ada macam-macam perasaan yang menggamit sanubari gua. Kadang-kadang gua ada rasa macam sengal-sengal ubi pun ada baca buku ni. Hahaa Memang tak menghampakan. Kauorang boleh dapatkan buku ni dekat Aku Linglung. Sikit cerita menarik yang gua nak share dengan kauorang semua. Hope Linglung tak kisah (jangan saman gua sudah~).

Ini antara cerita favourite gua :
Kisah : Persoalannya timbul

Gua duduk bersimpuh di ruang tamu rumah papan. Sekali-sekala kain batik sarung gua betulkan bila terselak ditiup angin. Rona-rona senja mula menjamah usia petang, suasana bingkas kelam. Gua masih setia duduk bersimpuh, menunggu seseorang yang belum kunjung tiba.
 
"Dah nak maghrib dah ni, jantan kamu tu tak sampai-sampai lagi", kata seorang perempuan yang gua tak berapa cam muka dia. Kata-kata itu betul-betul bagai merobek ranting-ranting semangat gua itu jam.

Anak tudung gua betulkan. Gua masih bersabar. Air teh O suam yang ada seorang perempuan iras-iras warga Indonesia sediakan tadi dah tak berapa suam gayanya. Biskut meri pun dah naik liut masuk dek angin. Gua pandang ke jam dinding yang bersangkut atas pintu rumah. Dah pukul 7.10 malam. Gua tunduk pandang ke lantai. Perasaan bercampur baur, marah, serba-salah, geram dan pasrah. Entah.

"Omak, den raso dio tak datag ni omak," gua bersuara dalam loghat nogori. Gua garu-garu dada gua yang tiba-tiba gatal lepas kena gigit dek nyamuk lelaki.

"Tu la omak dah kato..Leman tu tak guno..pesen celako",seorang perempuan membalas, mak gua agaknya.

Persoalannya adalah kenapa harus gua pakai kain batik sarung dan bertudung? Persoalannya lagi, mengapa gua boleh bercakap loghat nogori? Gila betul. Persoalan lain, kenapa gua tunggu Leman datang rumah gua sambil duduk bersimpuh? Dan kenapa gua jadi perempuan? Leman nak datang masuk meminang gua? Semua persoalan itu bermain-main dalam otak.

Semua persoalan di atas gua tak dapat jawab sekaligus. Semuanya timbul bila gua dapat mimpi paling tak berfaedah sepanjang gua hidup malam tadi, mimpi gua tunggu Leman masuk minang di sebuah rumah papan. Macam palat mimpi itu.

Sekian. TAMAT.

Hahaaa memang kelakar la! Cerita pasal kuih 3 seringgit tu pun gua suka! Pasal berak tu pun, memang tak boleh belah. Geli!~hee dan banyak lagi cerita best, kalau kauorang nak tahu kena la beli sendiri. Kaorang boleh dapatkan dekat Aku Linglung. Kalau agak-agak kesempitan wang boleh pinjam  dekat gua tapi kena datang rumah ambik la kan, gua kasi pinjam. :) Sekian. Gua nak tidur. Selamat Malam!

Notahati : Gua dalam proses baca buku Republik Kutu yang buat gua rasa macam baca buku seram je. Macam-macam perasaan gua rasa, walaupun gua baru baca 5-10 helai. Member gua pelik, baca buku pun boleh rasa seram. Gua pun pelik dengan diri sendiri. hehee tapi itulah gua, suka imagine di luar kotak pemikiran sendiri. Hurm, gua teringin nak baca buku  Tentang Kentang by Saharil Hasrin Sanin. Hari tu gua tak bawak banyak duit untuk beli macam-macam buku dekat sana. Ada siapa-siapa boleh kasi pinjam sama gua? Peace! ^^'v

Aku & Surah Al-Mathurat

Imagine gua seorang lelaki tulen :

Gua ingat lagi, kisah yang paling memalukan gua abad kegemilangan gua kecik-kecik dulu. Masa tu gua dalam kelas agama, ini kisah budak sekolah rendah darjah 6. 

Pelajaran pada hari tu, adalah belajar Surah Al-Mathurat. Awal-awal masuk lagi, ustazah gua tanya siapa yang tak boleh baca Surah Al-Mathurat duduk dan yang lain berdiri. Gua ambil masa untuk berfikir, gua berkira-kira sama ada gua nak tipu ustazah atau gua jujur pada diri sendiri. Kalau gua ambil keputusan untuk duduk, nanti gua yang malu sebab kantoi gua tak hafal Al-Mathurat tapi nak buat macam mana kalau gua tipu, nanti ustazah tanya gua tak tahu lagi haru~. 

Gua ambil keputusan untuk jujur, gua dengan rendah hatinya duduk sambil tunduk bawah. Saat itu gua rasa macam nak nyorok muka bawah meja. (Padan muka gua! inilah akibat selalu ponteng kelas mengaji) Gua sebenarnya bukan tak hafal tapi baca Al-Mathurat pun tak pernah. Time gua duduk tu, gua dah nampak ustazah dah angkat-angkat kening pandang gua. Serius! Saat itu gua sangat menyesal selalu ponteng kelas mengaji! Gua rasa macam nak lari pergi rumah nenek ngaji saat detik dan ketika itu suruh ajar gua Al-Mathurat kasi terer. Gua usha sekeliling, gua nampak gua sorang je kumbang yang duduk saat itu. Gua dah pelik, Mail Sharpener yang selalu ponteng ngaji dengan gua pun berdiri. Dasyat tu, saat itu tiba-tiba gua rasa respect gila dekat Mail Sharpener sebab dia hafal Al-Mathurat. 

Ustazah dari tadi tak habis-habis pandang gua slack, gua tahu gua tak hebat macam Mail  Sharpener, gua rasa sangat-sangat rendah diri. Sekali ustazah cakap, "erk~kenapa kamu duduk?". Gua bangun, gua tunduk bawah dengan lemah gemalai gua cakap la gua tak boleh baca Al-Mathurat. Ustazah sekali lagi pelik, angkat-angkat kening dekat gua. "Kamu uzur ke?" ustazah tanya gua lagi. Ok. baru gua faham maksud ustazah jeling-jeling gua tadi. Rupa-rupanya maksud ustazah, siapa uzur yang duduk. Satu kelas riuh gelakkan gua. Mail Sharpener paling teruk gelakkan gua saat itu. Gua terus hilang respect gua kejap tadi pada Mail Sharpener. Rupa-rupanya dia pun hampeh!

Notablog : Cerita-cerita dalam blog ini kebanyakkan daripada kisah hidup gua dan pengalaman kawan-kawan gua. Enjoy reading ya! ^^

Mesej Misteri hwa1234

Disatu hening yang hebat, dalam suasana pejabat yang riuh. Gua dengar akak-akak office berborak atau lebih tepat lagi bergosip. Dah macam tak ada kerja dah gua tengok. Kejap-kejap ngumpat bos, kejap-kejap ngumpat kawan office sendiri, kejap-kejap akak-akak tu sendiri yang kena ngumpat . Gua selaku pekerja tumpang, hanya duduk diam sambil memerhati je la. Macam-macam la akak-akak ni kelakar je bila gua fikir-fikir balik. Sampai semua rahsia dalam office tu atau lebih tepat kehidupan peribadi diaorang pun gua boleh tahu dengan khidmat bantuan akak-akak office yang selalu buat cerita layang. Ok. bukan pasal  cerita layang tu yang gua nak story dengan lu olang. Gua nak story pasal akak office gua sorang ni. Kelakar je bila gua fikir-fikir balik.

Hari ahad sebelum tu, abang Acap(bukan nama sebenar) dapat mesej  layang misteri yang berbunyi "hwa1234". agak-agak apa ye? (kalau gua pun gua tak paham) Abang Acap buat tak peduli, typing error agaknya. 

Pada esoknya pulak, macam biasa kak Risa (bukan nama sebenar)  sambung gosip minggu lepas yang tak sudah-sudah. Tiba-tiba dia bukak cerita, dia story yang ahad lepas kereta dia rosak, husband pulak outstation so dia terpaksa keluar naik taxi. Dalam takut dia gagahkan jugak diri untuk naik teksi. Lagi-lagi dengan macam-macam cerita pasal pengangkutan awam ni, pasal kes rogol la, culik, bunuh dan blablablaa. That why dia hantar mesej nombor plat taxi dekat abang Acap katanya. Alih-alih abang Acap masuk office, dengan muka tak ambil pedulik dia cakap tak tahu. Bila fikir-fikir baru dia ingat, pasal mesej layang yang dia dapat ahad lepas. Dia kata dia dah delete. Agak-agaknya kalau betul-betul la apa-apa terjadi dekat kak Risa, bukti utama hanya ada pada abang Acap dan mungkin sampai bila-bila pun abang Acap tak tahu apa makna mesej yang dia dapat kalau kak Risa tak bagitahu.

Hahahaaa gua hanya mampu gelak je dengar cerita kak Risa. Tapi ada jugak la moral yang gua dapat dari story kak Risa tu.

Notablog : Moralnya adalah setiap benda yang berlaku atau benda pelik apa yang kita dapat ada maksudnya yang tersendiri. So, janganlah kita terlalu ambil ringan dengan setiap apa-apa perkara yang berlaku. :)

Hangout pakai baju kurung itu cool.

Gua tiba-tiba teringat kisah masa gua budak hingusan di sekolah asrama dulu. Semua budak-budak dorm duduk berkumpul bergosip-gosip. Gua kadang-kadang malas nak join, bukan ada manfaat sangat pun. Ok, gua dulu budak baik. Orang panggil gua ajk surau. Straight to the point, gua memang ajk surau. Diaorang budak-budak ada yang pulau gua sebab gua ajk surau. Diaorang cakap ajk surau balaci (spy) cikgu-cikgu, tapi itu bukan gua. Gua masuk ajk surau pun sebab gua nak belajar agama. Gua nak belajar apa yang gua tak tahu.  

Ada ketika, diaorang nak hangout dekat luar ramai-ramai. Tapi diaorang tak ajak gua. Gua tak kisah, gua pun jarang campur dengan diaorang. Gua tak hot untuk lu olang nak ajak hangout. Gua skema, gua alim, gua lurus. Gua tahu lu olang takut kalau gua keluar dengan lu olang gua pakai baju kurung, jubah bagaikan. Up to date sangat ke lu olang nak judges gua macam tu sekali??! (gua bila teringat balik mesti gua menyirap, tapi tak apa gua maintain rilex je) Gua tahu gua tak hebat, lu olang jauh sangat hebat dari gua. Lu olang boleh pakai seksi-seksi, skirt atas lutut, baju tak ada lengan, tak macam gua pakai baju kurung dan jubah  je keluar.

Manusia yang terlalu prejudis. Entah la, tapi bagi gua cool je kalau keluar pakai baju kurung. Sweet!

Notablog : Orang yang macam lu olang ni yang tak up-to-date bagi gua, pemikiran manusia yang sempit. Maaf tapi ini realiti. Realiti yang kadang-kadang kita tak sedar.

Cerita Gua

Banyak cerita yang gua nak kongsi dengan kaorang semua.
tapi bagi gua tarik nafas dalam-dalam dulu ya!
Nanti gua sambung. :)

Thursday, June 23, 2011

3 Cemerlang (3C)

Bila di fikir-fikir semula, kenangan itu sebenarnya adalah sesuatu yang indah.
Kenangan zaman kanak-kanak yang gua mula lupa dari hari ke hari.
Gua hampir lupa tentang kenangan kita semua.
Tapi itu tak membataskan gua untuk mengingat tentang ke-nakalan kita semua.

Tingkatan 3 Cemerlang menggamit seribu satu kenangan.
Kenangan sebelum semuanya berpisah memburu impian masing-masing.
Kita dengan dunia kita sendiri.
Keriuhan, kenakalan dan kelucuan semua itu kenangan.

Gua ingat lagi!gua paling suka subjek seni.
Gua suka melukis walaupun lukisan gua hanya setanding budak darjah enam!
tapi perasaan bangga masih ada untuk menyatakan lukisan gualah paling hebat saat itu!
hahahaaa Itu semua kenangan.

Kenang balik sekolah,
Oleh kerana kecerdikkan kami selaku pelajar pintar sekolah.
Dikala waktu kelas tamat, semua pelajar berpusu-pusu pulang.
Gua dengan bangganya akan berlari-lari anak menuju ke stesen bas yang 500 meter jauh dari sekolah.
Itu semua untuk mengelakkan bas penuh jika tunggu di depan sekolah.
Walhal kalau gua jalan kaki balik rumah pun dah sampai jika guna jalan pintas.

Dikala zaman 3C dulu,
Tempat favourite budak-budak yang dikira sedang meningkat remaja macam kami ni adalah di kedai 7Eleven.
Setiap kali pulang sekolah pasti itu destinasi utama.
Nak kata ada jualan murah, itu adalah mustahil.
Tapi yang pasti pekerja 7E tak pernah menghampakan. HENSEM!

Bila bercerita tentang kenangan,
Itu semua pasti takkan pernah selesai.
Kenangan sentiasa akan memburu kita sampai bila-bila.

Notablog : Gua rindu kenangan kita semua! a lot of love AA.