Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Friday, December 20, 2013

Perempuan biasa.

Hallo.

Setahun. sejak hari tu dia dah lain. Lain semacam pelik. Dia tak happy ke? Sedih tahap mana hati dia gua tak pasti. Tapi dia memang sungguh dah meroyan. Dia marah ikut bila suka. Dia ego tak payah cakap; selagi piala bukan milik dia, jangan harap dia berhenti diam diri. Sungguh, dia kata tanpa pedulik rasa hati siapa. Apa orang sekeliling semua boneka? Apa dia seorang je yang punya hati? Apa orang lain tak ada masalah? Apa? Apa dia tu?

Dia penipu. Dia kabur mata dunia, dengan keseronokkan hidup yang berlipat ganda. Dia kekalkan diri sebagai perempuan kuat tanpa air mata. Lagi dengan senyum ceria macam budak yang tak pernah ada masalah. Tapi apa, gua dia boleh tipu? Apa, gua tak tahu apa? Hakikat. dia tetap perempuan kuat walau dengan air mata. Sedu-sedu setiap hari dengan hati. Hati tak boleh buat apa, sebab dia masih perempuan biasa. 

P/s : Hati tolong beri dia masa. 




Anak ke dua.

Hallo.

Bila ada orang cakap anak kedua dengan anak kedua memang tak boleh jadi geng! Gua memang tak setuju! Gua bantah habis-habisan! Bila gua cuba flashback balik geng-geng sepermainan dan geng time jaman(zaman) hingusan memang la gua jarang ada member yang sama level anak kedua macam gua tapi itu bukan bermakna gua tak ada geng anak kedua kan.

Hah. piqa! geng gila gua time zaman belajar diploma dulu. Dia anak kedua jugak apa? chill je kiteorang. Tak ada la sampai meletop-letop tempat belajar gua tu gaduh dengan dia. Paling kurang meletop sebab havoc sangat ada la. Itu buat gua musykil, bila ada yang mempertikai! 

Sebab sepatutnya anak kedua jadi geng gila! Bukan bila jumpa jadi geng jahanam. So, paling kurang pun gua anggap je la, kalau jahanam sebab salah sorang mental. Takkan pulak dengkinya mereka. [error.delete] haha tiba-tiba. tak kelakar. ok. gua baling api. sorry.

Tu lagi satu masalah, entah datang mana hobi gua baling api semenjak bermenjak ni. Maaf la, kadang gua tak boleh kawal walau gua cuba. Better diam dari cakap kan. Ok sebab tu kadang malas sambung. Sebab api yang gua simpan banyak sangat, takut nanti habis hangus lebur. Ok. balik google "Post Traumatic Stress Disorder". Jangan gaduh, apa-apa larik.

Apa pun, sekali lagi gua sangkal habis-habisan! anak kedua memang geng gila! Gua tak kira. Sorang baling api, sorang sambut dah habis cerita. Peace. :)


P/s : sebab kita manusia. 

Sunday, February 10, 2013

Api Tanglung.


Mengimbau zaman nakal gua dulu boleh buat gua gelak sorang-sorang.

Kehidupan budak kampung macam gua ni penuh dengan rasa tidak takut. Kalaulah ditanya sekarang, gua tak berani jamin tahap keberanian gua masih macam zaman gua muda-muda dulu.


Gua ingat lagi, sewaktu gua 17 tahun masa bermain gua hanya pada waktu malam. Mana tidaknya, siang gua ke sekolah, petang gua jaga lembu bapak gua, malam pulak semestinya rumah tok aji tempat gua mengaji. Gelap malam pun bukan lagi benda yang menggusarkan gua. Teman sepermainan gua pada saat dan ketika itu adik gua sendiri Od yang hanya beza umur 2 tahun.


Gua ingat lagi, satu malam tu. Gua dengan Od pergi tengok wayang. Kami balik dalam pukul 1:00 pagi jugak la. Faktor pekan yang terlalu jauh dari rumah buat kami pulang lewat. Berbekalkan basikal tua bapak yang memang biasa gua dengan Od tibai untuk ke pekan.


Dalam kekacakan malam (ah.metafora gua melampau!), tiba-tiba gua terperasaan sesuatu yang bercahaya seperti api. Api yang boleh gua gambarkan seakan tanglung api yang panjang. gua pun tak pasti apa spesis. Ah. pertunjukkan bunga api apa waktu sebegitu?? Oleh kerana perasaan membuak-buak ingin tahu yang melampau, gua dan Od dengan slamber pergi ke arah cahaya api tu. Gua usha betul-betul, makin gua dekat makin api tu naik tinggi. tup-tup hilang dalam kepekatan malam. Ah!gua dan Od teruskan mencari tapi terjumpa. Sejuk malam yang mencengkam, buat bulu roma gua naik tiba-tiba.


Perjalanan pulang diteruskan. Sesampai di teratak bonda(rumah gua), gua dengan Od cerita dekat bapak. Terus bapak marah kitaorang bapak cakap itu 'Hantu Tanglung'.  Saat dan ketika itu, hanya Tuhan saje yang tahu perasaan gua. Muka gua yang hitam manis bertukar pucat lesu. Lemah, lembik satu badan tak terkata. 3 hari 2 malam jugak gua demam. Bunyi macam percutian menggembirakan, realiti itu mimpi ngeri. Trauma gua dengan Od hanya seminggu, aktiviti biase masih kami buat selepas seminggu. 


Gua terfikir jugak, nasib la hantu tu tak apa-apakan kitaorang. Agak-agaknya mesti dia pelik bila gua dan Od dengan selumber je pergi sergah dia tanpa rasa gerun. Mesti dia fikir kami penuh ilmu di dada. hahaa  terkenang zaman remaja buat gua rasa gua hebat jugak dulu.


p/s : Just share someone story. :)

Monday, August 13, 2012

Teruja.

Ok. gua nak cerita pasal motor baru.


Setelah sekian lama gua pinjam motor abah buat harta.
akhirnya gua berjaya beli sendiri, dengan hasil titik peluh gua.
Gua rasa hari-hari gua lepas ni akan lebih bermakna and awesome!
Gua mungkin juga akan menjadi kegilaan ramai.
Yup. gua kena mula prepared diri sebelum gua menjadi kegilaan.
 fuh~ dah macam artis gua rasa.
tak dapat gua luahkan perasaan teruja gua yang teramat.
Gua rasa macam nak jerit satu kampung, bagitahu gua ada motor baru! *pun ada gak.


Dengan penuh keterujaan gua bawak motor keliling kampung.
Tak puas dengan tu, gua bercadang nak pusing-pusing KL dan sekitarnya.
Gua rasa teruja, bila ada mata-mata liar yang memandang gua.
Gua tahu gua hebat. (dengan penuh bangga!)


Lebih buat gua teruja bila sampai dekat tol MRR2.
Dalam gua tunggu turn nak bayar tol, ramai mata yang meliar ke arah gua.
Gua dah mule segan bila makcik-makcik, pakcik-pakcik, hakak-hakak, hadik habang semua  turut mengusha gua penuh makna.
Senyum di bibir setiap yang memandang buat gua makin yakin dengan kehebatan diri sendiri.
Mungkin gua bakal calon menantu makcik-makcik tu. *mungkin.
Gua dah mula kembang kecut dah ni. terharu pun ade.
akhirnya gua lebih dihargai kini.


tiba-tiba sampai je gua dekat depan pintu tol, gua baru perasan dan baru sedar.
dan baru kini gua tahu kenapa makcik, pakcik, hakak, hadik, habang sume duk mengusha gua dengan penuh senyum lebar.
sebab gua dah tersalah masuk line!
gua kan rider motor!
macam pa......ndai betul!
Saat dan ketika itu hanya Tuhan je yang tahu betapa malu nye gua.


Itu sudah buat gua sedikit fobia untuk lalu tol situ.
Malu beb! Malu! Malu seumur hidup!


Moralnya : Berpada-pada la kalau nak teruja pun. ahahhakx 3hari 2malam pun tak habis gelak orang bila tengok. ;p


p/s : Kebanyakkan cerita dalam ni, bukan lah cerita hidup gua keseluruhan. Ada cerita gua, ade cerita kawan., ade cerita orang lain yang gua share. Terima Kasih sudi baca. :)


Friday, August 10, 2012

Pura-pura ♥


Pertama kali :

Mengimbau kenangan setahun lepas.


-otw pulang dari berbuka puasa-
Dalam kelam malam yang penuh sunyi sepi...
Buat gua terlelap..tanpa sengaja, keadaan sunyi jadi haru dek bunyi yang keluar saat gua terlena.
Dalam tidur seketika gua terjaga, dan gua sedar bunyi tu datang dari diri gua sendiri..tapi gua cover,gua masih buat-buat tidur lagi...
Dalam kepura-puraan gua pura-pura pulak terjaga.


Dia pandang gua, dengan penuh sinis gua menjeleng, lalu sound "apa pandang-pandang?!!" grrrr~ (cover line)
kemudian dia gelak! "berdengkau ek kau! tak senonoh!"


"Hey diam la kau!" erk~
dan untuk kesekian kalinya seumur hidup gua,
firstime gua berdengkur depan lelaki. Macam pa.......sir btol la!
Macam mana gua boleh terlepas kawalan dengkuran merdu gua.


Arghhhhh!!! malu seumur hidup...
muka gua dah panas, merah. nasib gelap.
Gua cover line still cool, gua coner sana sini.
Gua cakap "gua saja nak uji dia alert or tak". dia tak percaya!
Gua cakap lagi, "gua saja pura-pura tidur". dia tak percaya jugak!
Last-last gua cakap,  "tak apa la. lu bukan hensem pun kalau hensem lagi-lagi la gua maluww. bongok la lu ni! Gua betul-betul saja-saja je" (dalam marah gua still cover line. tak nak kalah tu.)
Habis gua kena bahan sampai la gua sampai ke depan pintu rumah.
 

Moralnya : Semua orang berdengkur. Tipu la kalau lu orang tak pernah berdengkau seumur hidup kan?? haha ;)

Badak.


Badak hensem..Badak tough..Badak ade taste..Badak cute..
and lastly Pekak Badak! ;p

#Ked's Story -Hlovate

Sayang.


Sayang.
Gua nak bercakap pasal sayang?
Pui! geli macam hape entah!
Gua karat? memang tak lah! Gua macho beb, serious.
Jiwang mawang memang tak ada dalam kamus hidup gua.
Memang silap besar la kalau jiwang-jiwang karat ni.

Tapi ye, memang gua dah silap sejak lu muncul.
Lu buat hati gua tak tentu arah bile fikir pasal lu.
Macam pa.......sir!pui!
Ye. gua si macho yang penuh ego. yang konon nya cool.


Lu ubah segalanya pada gua.
Sebab lu gua turunkan ego!
Sebab lu, gua rasa gua orang paling tak cool.
and sebab lu jugak la hati gua tak kenal lagi erti putus asa.
untuk pikat hati lu! #pui! ayat hape entah. karat lagi! sedihh!



Bila mana hari-hari gua dipenuhi dengan lu..
Gua gelak sebab lu, gua marah sebab lu, gua merajuk pun sebab lu!
Lu dah masuk dalam salah satu impian masa depan gua tapi...
Ok. stop.


Untuk seketika, gua cari impian baru.
Gua jumpa, tapi dia tak sama macam lu.
Gua cuba, tapi gua tak boleh.
Gua paksa untuk kata boleh.
Gua tak nak jadi si penipu!
Gua tak nak lukakan hati orang lain.
Bila mana, dia mungkin menyimpan impian masa depan dengan gua.
Seperti mana gua simpan impian dengan lu dulu.
Maaf.


Gua perlukan masa, tolong jangan paksa gua lagi.




"Ya Allah, andai dia jodohku, kau dekatkanlah aku dalam hatinya.
dan andai dia bukan jodoh yang di cipta untukku, kau jauhkanlah dia dari hatiku. " :')