Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Tuesday, November 23, 2010

Hati mahu berbicara tetapi Bibir tak bisa menuturkannya

Tika dia kata rindu.
Ingin sekali bibir ini turut mengungkap kata rindu.
Tika dia kata suka.
Bibir ini sekali lagi turut ingin menyatakan perkara yang sama.
Tapi aku tak mampu.

Dalam diam.
Aku takut.
Takut dia hilang.
Hilang bersama rasa SAYANG!

Notablog : Penantian itu sememangnya satu penyeksaan.

Monday, November 15, 2010

Harapan Palsu!~

Malam itu,
Entah kenapa dia yang selama ini hilang.
Muncul kembali tiba-tiba.
Dalam berkecil hati, aku gembira.
Kiranya diri ini masih di ingati.

Malam itu.
Dia bisikkan lagu 'Bila Cinta' by Gio.
Aku suka,
Suka sangat.

Tanpa aku duga,
Dia luah rasa sayang.
Dia kata dia sayang.
Sayang sangat-sangat.
Dia sepi tanpa aku.
Aku terharu dengan keihklasan itu.
Tapi terselit sedikit rasa terkejut.
Kerna dia pergi dan datang dengan tiba-tiba.

Adakah hati ini turut Sayang?
Ya! aku sayang dia.
Tapi itu dulu.
Sebelum dia hilang.

Rasa sayang aku turut hilang bersama dia.
Hilang bersama lagu 'Karena ku sayang kamu' by dyqta yang pernah kau beri dulu.

Aku keliru.
Keliru dengan perasaan sendiri.
Dia beri aku ruang masa untuk berfikir.

Aku fikir dan terus berfikir.
Ya! aku SAYANG dia.
Tetapi saat itu.
Dia kembali hilang.
Hilang bersama cinta baru.
Apakah maknanya sebuah cinta bagi dia?

Adakah hati ini memang untuk dipermainkan?!
Kau lontarkan segunung harapan,
Kau tawan hati ini,
dan kau berlalu pergi sesuka hati!

Apa salah aku pada kau?
Terima kasih untuk cinta yang dipermainkan.

Notablog : Khas untuk cinta yang dipermainkan.

Sunday, October 17, 2010

Saya suka tidur.

Selain makan dan shopping.
Benda lain yang boleh buat gua happy sangat-sangat adalah
semestinya TIDUR yang lena!

Tapi buat masa sekarang, gua tak bisa untuk melakukan apa yang gua suka.
kerana getaran exam yang semakin hampir buat gua punya hobi baru.
BACA BUKU! 

Notablog : Sila bangun dan teruskan hobi baru! (bermonolog pada diri sendiri)

Tuesday, October 12, 2010

Dear diari kecilku.

Aku, seorang manusia biasa yang dilahirkan sempurna seperti orang lain.
punya sepasang tangan, kaki, mulut, mata, hidung.
aku belajar, aku bermain, aku ketawa.

Sehingga suatu hari.
dalam keterujaan aku bermain bola.
kaki aku tercedera, dan aku mengalami bengkak teruk pada kaki.

Tak tahu di mana silapnya kaki aku, luka teruk.
sehingga aku perlu menjalani satu pembedahan besar.

ayah cakap kaki aku dijangkiti kuman.
perlu dibedah dengan segera.
atau lebih tepat perlu dipotong.

Hanya Tuhan yang tahu betapa besarnya tekanan yang aku hadapi saat itu.
aku, hanya seorang budak yang berusia 14 tahun ketika itu.
bagaimanakah akan ku hadapi dunia ini?
aku lemah seketika.
hakikat yang aku terpaksa hadapi.
Perit yang aku harus telan sendiri.

Aku malu,
malu dengan kawan-kawan yang tengok keadaan aku saat itu.
aku kini hanya manusia yang berkaki.
masih ada lagikah orang yang mahu berkawan dengan aku?

Yup. kini aku sedar.
penyakit aku bukan mudah untuk di ubati.
aku mewarisi penyakit keturunan.
kanser tulang.

semangat aku hilang,
hilang mungkin untuk selama-lamanya.
aku hindarkan diri dari semua orang.

aku sedih tidak terkata, kenapa mesti aku?!
sehinggalah ayah pergi tinggalkan aku sorang-sorang disini.
Ibu dah lama tinggalkan aku.

Kini hanya ada kata-kata abah.
pendorong semangat untuk aku bangkit semula.
aku ingat lagi kata-kata terakhir ayah.
yang ingin lihat aku berjaya walaupun aku serba kekurangan.
Itu bukan penghalang kata ayah.
Ya! aku masih boleh melihat,
aku masih boleh mendengar,
aku masih boleh berkata-kata,
dan yang pasti aku masih boleh berjaya dengan satu kaki.

Aku bangkit dari kegagalan lepas,
dengan bantuan abang dan kakak.
aku masuk sekolah semula.
walaupun aku jauh ketinggalan ke belakang.
aku tetap berusaha.
aku berusaha, berusaha yg terbaik.
demi impian ayah yang nak lihat aku berjaya.
dan demi untuk diri aku sendiri..

4 tahun selepas itu aku diuji lagi.
kaki aku di jangkitan kuman yang datang menyerang tiba-tiba.
Yup! kaki aku perlu dipotong lagi.
aku kena tabah! perjalanan aku masih panjang.
berkat usaha dan semangat aku teruskan pengajian sehingga SPM.
Alhamdulillah. keputusan aku agak membanggakan.
dan aku teruskan pengajian aku ke  peringkat yang lebih tinggi.

dan oleh kerana minat aku pada sukan tidak pernah pupus.
aku berusaha, berusaha untuk melibatkan diri dalam sebarang sukan yang dianjurkan oleh Persatuan OKU.
aku berjaya, berjaya mewakili Malaysia ke Perlawanan Bola Keranjang ke Luar Negara (Kategori OKU).
aku tahu, ayah pasti bangga dengan aku.
aku telah buktikan yang aku juga boleh berjaya..

Notablog : Ini cerita yang aku ambil daripada kisah benar. Kisah seorang Sahabat aku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga kau berjaya dunia akhirat SAHABAT. 

Saturday, October 9, 2010

Bila cinta mengusik hati.

Cinta pertama boleh percaya ke?
cinta tak semestinya first couple.
mungkin boleh jadi couple ke-4 ke.
or couple ke-5, 6, 7 ke.
dan boleh jadi jugak orang yan kita tak couple kan.

Notablog : Aku suka dia! Aku rindu dia. Dia yang ku gelar kawan. :)

Friday, October 1, 2010

Kasut Tumit Tinggi Gua

Something yang sengal ubi kentang lenyet telah berlaku hari ini.
nak kata gua mamai bangun tido, rasanya macam gua tak tidur.
nak kata pagi-pagi buta, gua rasa dah tengah petang.

dalam asrama yang redup di kala petang,
boleh pulak gua pergi toilet dengan confident-nya nak mandi pakai 'high heels'.
mak aiii. memang sah-sah kepala gua ke laut ni.
nasib tak ada orang.
so gua cover-cover line balik bilik tukar terompah jamban gua.

Tiba-tiba gua dengar suara dari dalam bilik gua.
Ada sorang budak mengekek-ngekek gelakkan gua.
STRAWberi betul la! gelakkan gua~
jatuh ke-ayuan gua saat itu jugak. Noktah.

Notahati : Sejak dari hari tu, gua letak jauh-jauh kasut tumit tinggi gua dengan terompah jamban gua. Peace! ;)

Wednesday, September 29, 2010

Angin Peace!!

Hari ni.
Gua call abah, gua marah abah!
Arghhh! Abah ni, memang selalu macam ni.

janji tak pernah nak ditepati.

suka buat gua tertunggu-tunggu.
gua marah abah!
last-last gua cakap, 'abah tak payah datang jumpa anak abah ni!'
memang gua hanginnnn!!!
abah memang macam ni.
tak Sayang gua!

Tapi 5 minit kemudian gua terfikir.
kenapa gua marah abah?
tekanan dekat asrama buat gua lepaskan api kemarahan gua dekat abah.
padahal abah tak boleh datang sebab abah kerja.
abah kerja sebab nak cari duit untuk anak-anak abah, untuk gua!
gua ni memang TERUK betul la! Aarrrghh!
gua memang marah dengan diri sendiri.
sekarang ni semua benda gua buat tak kena.
semua orang gua nak marah.
Kenapa lah gua tak boleh nak kawal marah sendiri?!
Gua rasa nak marah diri sendiri sangat-sangat!!!

Notablog : Abah, sorry. gua tahu masanya dah hampir tiba. Tak lama lagi bulan nak datang la ni. Harap-harap abah paham. Terima kasih abah kerana sangat sabar melayan kerenah anak abah yang sangat tak penyabar sorang ni sampai ke hari ini. PEACE!! SAYA SAYANG ABAH SAYA!!!^^