Aku, seorang manusia biasa yang dilahirkan sempurna seperti orang lain.
punya sepasang tangan, kaki, mulut, mata, hidung.
aku belajar, aku bermain, aku ketawa.
dalam keterujaan aku bermain bola.
kaki aku tercedera, dan aku mengalami bengkak teruk pada kaki.
Tak tahu di mana silapnya kaki aku, luka teruk.
sehingga aku perlu menjalani satu pembedahan besar.
ayah cakap kaki aku dijangkiti kuman.
perlu dibedah dengan segera.
atau lebih tepat perlu dipotong.
atau lebih tepat perlu dipotong.
Hanya Tuhan yang tahu betapa besarnya tekanan yang aku hadapi saat itu.
aku, hanya seorang budak yang berusia 14 tahun ketika itu.
bagaimanakah akan ku hadapi dunia ini?
aku lemah seketika.
hakikat yang aku terpaksa hadapi.
Perit yang aku harus telan sendiri.
hakikat yang aku terpaksa hadapi.
Perit yang aku harus telan sendiri.
Aku malu,
malu dengan kawan-kawan yang tengok keadaan aku saat itu.
aku kini hanya manusia yang berkaki.
masih ada lagikah orang yang mahu berkawan dengan aku?
Yup. kini aku sedar.
penyakit aku bukan mudah untuk di ubati.
aku mewarisi penyakit keturunan.
kanser tulang.
semangat aku hilang,
hilang mungkin untuk selama-lamanya.
hilang mungkin untuk selama-lamanya.
aku hindarkan diri dari semua orang.
aku sedih tidak terkata, kenapa mesti aku?!
aku sedih tidak terkata, kenapa mesti aku?!
sehinggalah ayah pergi tinggalkan aku sorang-sorang disini.
Ibu dah lama tinggalkan aku.
Kini hanya ada kata-kata abah.
pendorong semangat untuk aku bangkit semula.
Ibu dah lama tinggalkan aku.
Kini hanya ada kata-kata abah.
pendorong semangat untuk aku bangkit semula.
aku ingat lagi kata-kata terakhir ayah.
yang ingin lihat aku berjaya walaupun aku serba kekurangan.
Itu bukan penghalang kata ayah.
Itu bukan penghalang kata ayah.
Ya! aku masih boleh melihat,
aku masih boleh mendengar,
aku masih boleh berkata-kata,
dan yang pasti aku masih boleh berjaya dengan satu kaki.
aku masih boleh mendengar,
aku masih boleh berkata-kata,
dan yang pasti aku masih boleh berjaya dengan satu kaki.
Aku bangkit dari kegagalan lepas,
dengan bantuan abang dan kakak.
aku masuk sekolah semula.
walaupun aku jauh ketinggalan ke belakang.
aku tetap berusaha.
aku berusaha, berusaha yg terbaik.
demi impian ayah yang nak lihat aku berjaya.
dan demi untuk diri aku sendiri..
4 tahun selepas itu aku diuji lagi.
kaki aku di jangkitan kuman yang datang menyerang tiba-tiba.
Yup! kaki aku perlu dipotong lagi.
Yup! kaki aku perlu dipotong lagi.
aku kena tabah! perjalanan aku masih panjang.
berkat usaha dan semangat aku teruskan pengajian sehingga SPM.
berkat usaha dan semangat aku teruskan pengajian sehingga SPM.
Alhamdulillah. keputusan aku agak membanggakan.
dan aku teruskan pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi.
dan aku teruskan pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi.
dan oleh kerana minat aku pada sukan tidak pernah pupus.
aku berusaha, berusaha untuk melibatkan diri dalam sebarang sukan yang dianjurkan oleh Persatuan OKU.
aku berjaya, berjaya mewakili Malaysia ke Perlawanan Bola Keranjang ke Luar Negara (Kategori OKU).
aku tahu, ayah pasti bangga dengan aku.
aku telah buktikan yang aku juga boleh berjaya..
Notablog : Ini cerita yang aku ambil daripada kisah benar. Kisah seorang Sahabat aku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga kau berjaya dunia akhirat SAHABAT.
No comments:
Post a Comment