Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Sunday, November 13, 2011

Hero Gadi-Gadis.



Seawal gua masih di bangku sekolah rendah lagi, gua dah di cop hero gadis-gadis. Ini semua berpunca bila gua dengan penuh tanggungjawab cuba untuk melindungi jejaka pujaan hati gua.


Semuanya bermula masa gua darjah 3, depan-depan mata gua geng-geng Mail Sharpener cuba buat pasal. Lagi-lagi dengan pujaan hati gua. Mula-mula gua sabar lagi, tapi lepas diaorang tolak-tolak dia gua dah tak boleh sabar.


Gua terus pergi dekat Mail Sharpener gua tumbuk muka dia, berani dia kacau boyfriend gua! Terus jatuh tergolek dia gua tumbuk, nasib gua tumbuk sipi je tu. Kalau tak, gua rasa Mail Sharpener sekarang tak dapat menjalani hidup secara normal lagi dah. Mula daripada hari tu jugak la tak ada siapa berani kacau gua dan pujaan hati gua tu lagi.


Cikgu dapat tahu, mahu terperanjat cikgu dengar budak baik macam gua ni tumbuk Mail Sharpener yang masa tu famous dengan gangster dia. Tapi awal-awal gua dah warning Mail, gua suruh dia mengaku yang memang dia yang salah. Kalau tidak memag dia cari pasal dengan gua hidup-hidupla kan. Nasib cikgu tak besar-besarkan hal ni pada mak ayah gua, kalau tidak memang harulah hidup gua.


Kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Semuanya kantoi bila cikgu mula bukak cerita tentang kenakalan gua dekat sekolah masa hari ambil report card. Nasib mak gua tak marah, mak gua gelak je. Sebab mak sedia maklum dengan perangai gua yang agak gila-gila tomboy sikit ni.


Notablog : Kalau dulu kecik-kecil, semuanya macam gangster. Bila dah besar-besar ni, terbalik pulak kalah gadis melayu terakhir kot!



No comments:

Post a Comment