Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Sunday, November 13, 2011

Hero Gadi-Gadis.



Seawal gua masih di bangku sekolah rendah lagi, gua dah di cop hero gadis-gadis. Ini semua berpunca bila gua dengan penuh tanggungjawab cuba untuk melindungi jejaka pujaan hati gua.


Semuanya bermula masa gua darjah 3, depan-depan mata gua geng-geng Mail Sharpener cuba buat pasal. Lagi-lagi dengan pujaan hati gua. Mula-mula gua sabar lagi, tapi lepas diaorang tolak-tolak dia gua dah tak boleh sabar.


Gua terus pergi dekat Mail Sharpener gua tumbuk muka dia, berani dia kacau boyfriend gua! Terus jatuh tergolek dia gua tumbuk, nasib gua tumbuk sipi je tu. Kalau tak, gua rasa Mail Sharpener sekarang tak dapat menjalani hidup secara normal lagi dah. Mula daripada hari tu jugak la tak ada siapa berani kacau gua dan pujaan hati gua tu lagi.


Cikgu dapat tahu, mahu terperanjat cikgu dengar budak baik macam gua ni tumbuk Mail Sharpener yang masa tu famous dengan gangster dia. Tapi awal-awal gua dah warning Mail, gua suruh dia mengaku yang memang dia yang salah. Kalau tidak memag dia cari pasal dengan gua hidup-hidupla kan. Nasib cikgu tak besar-besarkan hal ni pada mak ayah gua, kalau tidak memang harulah hidup gua.


Kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Semuanya kantoi bila cikgu mula bukak cerita tentang kenakalan gua dekat sekolah masa hari ambil report card. Nasib mak gua tak marah, mak gua gelak je. Sebab mak sedia maklum dengan perangai gua yang agak gila-gila tomboy sikit ni.


Notablog : Kalau dulu kecik-kecil, semuanya macam gangster. Bila dah besar-besar ni, terbalik pulak kalah gadis melayu terakhir kot!



Wednesday, November 2, 2011

Senyuman Esok.



Korang masih ada senyuman semalam tak? 
Boleh senyum sekali lagi untuk gua tak hari ni, esok dan setiap hari?~  ^_^




Terima Kasih untuk senyuman lu orang! 
Senyuman lu orang la, semangat gua..


Notabloggua : Gua pinjam sikit kata-kata Aziz Hazmi kejap. hee :)


Dollah Runcit Punya Cerita


Ada suatu hari tu gua ajak member gua (Dollah Runcit) lepak tengok wayang. Gua awal-awal dah roger-roger Dollah Runcit, inform dia supaya keluar rumah awal sikit. Penat lelah gua semalam tak tidur, dengan penuh bertungkus-lumus mengusha cerita wayang paling meletup abad ini dan siap dengan masa sekali gua usha.


Alih-alih Dollah Runcit lambat pulak, tak roger-roger gua pulak tu. Agak berbulu jugak la 10 saat kan tapi gua buat rilek. Apa-apa pun gua kena mintak penjelasan Dollah Runcit dulu. Itu memang prinsip hidup gua, Apa-apa pun bawa bincang dulu sebelum nak hambur (marah).


Gua masuk je kereta, gua senyum. Dia cakap sorry. Gua cakap tak adahal la, paling kurang gua sempat tertidur jugak la kan tunggu dia punya pasal. Dia pelik.


Tiba-tiba dia cakap, kenapa suara gua macam lain tadi. Lembut semacam, macam gadis melayu terakhir. Gua dah mula nak tersipu-sipu malu. Kurang asam keping punya Dollah Runcit! Cuba memperkotak-katikkan suara gua yang agak meniti kematangan ni. Lembut ape kejadahnya, kasar je kot gua rasa. Gua mula musykil sama ada Dollah Runcit ada masalah pendengaran atau suara gua yang dah pecah.


Gua sempat jugak la berfikir-fikir sejenak sebelum segala kemusykilan gua terungkai. Rupa-rupanya Dollah Runcit ada telefon rumah gua nak roger-roger yang dia tak dapat nak gerak dari rumah awal. Gua berfikir-fikir lagi, setahu gua la kan, gua tak ada angkat telefon dekat rumah tadi. Ada pun, gua golek-golek tidur layan perasaan tunggu Dollah Runcit yang tak kunjung tiba ada la. Dekat situ gua dah syak ‘something wrong somewhere’. Segala tanda tanya, gua biar dekat situ dulu.


Lepas balik je lepak, gua terus bersemuka dengan adik gua. Gua mulakan pertanyaan dengan penuh lemah-lembut. Gua tanya la sama ada member gua ada telefon ke siang tadi? Dia dengan rilek cakap, tak ada pun.
Hah. Sah la ni. Memang dekat rumah gua ni dah tak ada siapa lagi gua nak syak, memang dia sorang je pun ada dekat rumah siang tadi. Rupa-rupanya dia ingat tu kawan dia. Mana taknya, dalam masa yang sama gua tunggu member gua datang rumah, adik gua pun tunggu member dia.


Akhirnya, segala misteri suara layang dah terungkai dekat situ. Memang gua bantai gelak habis-habis la kan. Boleh pulak tersalah angkat telefon.


Notabloggua : Hahaaa pelik-pelik je la adik gua ni. ^^