Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Sunday, October 17, 2010

Saya suka tidur.

Selain makan dan shopping.
Benda lain yang boleh buat gua happy sangat-sangat adalah
semestinya TIDUR yang lena!

Tapi buat masa sekarang, gua tak bisa untuk melakukan apa yang gua suka.
kerana getaran exam yang semakin hampir buat gua punya hobi baru.
BACA BUKU! 

Notablog : Sila bangun dan teruskan hobi baru! (bermonolog pada diri sendiri)

Tuesday, October 12, 2010

Dear diari kecilku.

Aku, seorang manusia biasa yang dilahirkan sempurna seperti orang lain.
punya sepasang tangan, kaki, mulut, mata, hidung.
aku belajar, aku bermain, aku ketawa.

Sehingga suatu hari.
dalam keterujaan aku bermain bola.
kaki aku tercedera, dan aku mengalami bengkak teruk pada kaki.

Tak tahu di mana silapnya kaki aku, luka teruk.
sehingga aku perlu menjalani satu pembedahan besar.

ayah cakap kaki aku dijangkiti kuman.
perlu dibedah dengan segera.
atau lebih tepat perlu dipotong.

Hanya Tuhan yang tahu betapa besarnya tekanan yang aku hadapi saat itu.
aku, hanya seorang budak yang berusia 14 tahun ketika itu.
bagaimanakah akan ku hadapi dunia ini?
aku lemah seketika.
hakikat yang aku terpaksa hadapi.
Perit yang aku harus telan sendiri.

Aku malu,
malu dengan kawan-kawan yang tengok keadaan aku saat itu.
aku kini hanya manusia yang berkaki.
masih ada lagikah orang yang mahu berkawan dengan aku?

Yup. kini aku sedar.
penyakit aku bukan mudah untuk di ubati.
aku mewarisi penyakit keturunan.
kanser tulang.

semangat aku hilang,
hilang mungkin untuk selama-lamanya.
aku hindarkan diri dari semua orang.

aku sedih tidak terkata, kenapa mesti aku?!
sehinggalah ayah pergi tinggalkan aku sorang-sorang disini.
Ibu dah lama tinggalkan aku.

Kini hanya ada kata-kata abah.
pendorong semangat untuk aku bangkit semula.
aku ingat lagi kata-kata terakhir ayah.
yang ingin lihat aku berjaya walaupun aku serba kekurangan.
Itu bukan penghalang kata ayah.
Ya! aku masih boleh melihat,
aku masih boleh mendengar,
aku masih boleh berkata-kata,
dan yang pasti aku masih boleh berjaya dengan satu kaki.

Aku bangkit dari kegagalan lepas,
dengan bantuan abang dan kakak.
aku masuk sekolah semula.
walaupun aku jauh ketinggalan ke belakang.
aku tetap berusaha.
aku berusaha, berusaha yg terbaik.
demi impian ayah yang nak lihat aku berjaya.
dan demi untuk diri aku sendiri..

4 tahun selepas itu aku diuji lagi.
kaki aku di jangkitan kuman yang datang menyerang tiba-tiba.
Yup! kaki aku perlu dipotong lagi.
aku kena tabah! perjalanan aku masih panjang.
berkat usaha dan semangat aku teruskan pengajian sehingga SPM.
Alhamdulillah. keputusan aku agak membanggakan.
dan aku teruskan pengajian aku ke  peringkat yang lebih tinggi.

dan oleh kerana minat aku pada sukan tidak pernah pupus.
aku berusaha, berusaha untuk melibatkan diri dalam sebarang sukan yang dianjurkan oleh Persatuan OKU.
aku berjaya, berjaya mewakili Malaysia ke Perlawanan Bola Keranjang ke Luar Negara (Kategori OKU).
aku tahu, ayah pasti bangga dengan aku.
aku telah buktikan yang aku juga boleh berjaya..

Notablog : Ini cerita yang aku ambil daripada kisah benar. Kisah seorang Sahabat aku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga kau berjaya dunia akhirat SAHABAT. 

Saturday, October 9, 2010

Bila cinta mengusik hati.

Cinta pertama boleh percaya ke?
cinta tak semestinya first couple.
mungkin boleh jadi couple ke-4 ke.
or couple ke-5, 6, 7 ke.
dan boleh jadi jugak orang yan kita tak couple kan.

Notablog : Aku suka dia! Aku rindu dia. Dia yang ku gelar kawan. :)

Friday, October 1, 2010

Kasut Tumit Tinggi Gua

Something yang sengal ubi kentang lenyet telah berlaku hari ini.
nak kata gua mamai bangun tido, rasanya macam gua tak tidur.
nak kata pagi-pagi buta, gua rasa dah tengah petang.

dalam asrama yang redup di kala petang,
boleh pulak gua pergi toilet dengan confident-nya nak mandi pakai 'high heels'.
mak aiii. memang sah-sah kepala gua ke laut ni.
nasib tak ada orang.
so gua cover-cover line balik bilik tukar terompah jamban gua.

Tiba-tiba gua dengar suara dari dalam bilik gua.
Ada sorang budak mengekek-ngekek gelakkan gua.
STRAWberi betul la! gelakkan gua~
jatuh ke-ayuan gua saat itu jugak. Noktah.

Notahati : Sejak dari hari tu, gua letak jauh-jauh kasut tumit tinggi gua dengan terompah jamban gua. Peace! ;)