Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Friday, December 20, 2013

Perempuan biasa.

Hallo.

Setahun. sejak hari tu dia dah lain. Lain semacam pelik. Dia tak happy ke? Sedih tahap mana hati dia gua tak pasti. Tapi dia memang sungguh dah meroyan. Dia marah ikut bila suka. Dia ego tak payah cakap; selagi piala bukan milik dia, jangan harap dia berhenti diam diri. Sungguh, dia kata tanpa pedulik rasa hati siapa. Apa orang sekeliling semua boneka? Apa dia seorang je yang punya hati? Apa orang lain tak ada masalah? Apa? Apa dia tu?

Dia penipu. Dia kabur mata dunia, dengan keseronokkan hidup yang berlipat ganda. Dia kekalkan diri sebagai perempuan kuat tanpa air mata. Lagi dengan senyum ceria macam budak yang tak pernah ada masalah. Tapi apa, gua dia boleh tipu? Apa, gua tak tahu apa? Hakikat. dia tetap perempuan kuat walau dengan air mata. Sedu-sedu setiap hari dengan hati. Hati tak boleh buat apa, sebab dia masih perempuan biasa. 

P/s : Hati tolong beri dia masa. 




Anak ke dua.

Hallo.

Bila ada orang cakap anak kedua dengan anak kedua memang tak boleh jadi geng! Gua memang tak setuju! Gua bantah habis-habisan! Bila gua cuba flashback balik geng-geng sepermainan dan geng time jaman(zaman) hingusan memang la gua jarang ada member yang sama level anak kedua macam gua tapi itu bukan bermakna gua tak ada geng anak kedua kan.

Hah. piqa! geng gila gua time zaman belajar diploma dulu. Dia anak kedua jugak apa? chill je kiteorang. Tak ada la sampai meletop-letop tempat belajar gua tu gaduh dengan dia. Paling kurang meletop sebab havoc sangat ada la. Itu buat gua musykil, bila ada yang mempertikai! 

Sebab sepatutnya anak kedua jadi geng gila! Bukan bila jumpa jadi geng jahanam. So, paling kurang pun gua anggap je la, kalau jahanam sebab salah sorang mental. Takkan pulak dengkinya mereka. [error.delete] haha tiba-tiba. tak kelakar. ok. gua baling api. sorry.

Tu lagi satu masalah, entah datang mana hobi gua baling api semenjak bermenjak ni. Maaf la, kadang gua tak boleh kawal walau gua cuba. Better diam dari cakap kan. Ok sebab tu kadang malas sambung. Sebab api yang gua simpan banyak sangat, takut nanti habis hangus lebur. Ok. balik google "Post Traumatic Stress Disorder". Jangan gaduh, apa-apa larik.

Apa pun, sekali lagi gua sangkal habis-habisan! anak kedua memang geng gila! Gua tak kira. Sorang baling api, sorang sambut dah habis cerita. Peace. :)


P/s : sebab kita manusia. 

Sunday, February 10, 2013

Api Tanglung.


Mengimbau zaman nakal gua dulu boleh buat gua gelak sorang-sorang.

Kehidupan budak kampung macam gua ni penuh dengan rasa tidak takut. Kalaulah ditanya sekarang, gua tak berani jamin tahap keberanian gua masih macam zaman gua muda-muda dulu.


Gua ingat lagi, sewaktu gua 17 tahun masa bermain gua hanya pada waktu malam. Mana tidaknya, siang gua ke sekolah, petang gua jaga lembu bapak gua, malam pulak semestinya rumah tok aji tempat gua mengaji. Gelap malam pun bukan lagi benda yang menggusarkan gua. Teman sepermainan gua pada saat dan ketika itu adik gua sendiri Od yang hanya beza umur 2 tahun.


Gua ingat lagi, satu malam tu. Gua dengan Od pergi tengok wayang. Kami balik dalam pukul 1:00 pagi jugak la. Faktor pekan yang terlalu jauh dari rumah buat kami pulang lewat. Berbekalkan basikal tua bapak yang memang biasa gua dengan Od tibai untuk ke pekan.


Dalam kekacakan malam (ah.metafora gua melampau!), tiba-tiba gua terperasaan sesuatu yang bercahaya seperti api. Api yang boleh gua gambarkan seakan tanglung api yang panjang. gua pun tak pasti apa spesis. Ah. pertunjukkan bunga api apa waktu sebegitu?? Oleh kerana perasaan membuak-buak ingin tahu yang melampau, gua dan Od dengan slamber pergi ke arah cahaya api tu. Gua usha betul-betul, makin gua dekat makin api tu naik tinggi. tup-tup hilang dalam kepekatan malam. Ah!gua dan Od teruskan mencari tapi terjumpa. Sejuk malam yang mencengkam, buat bulu roma gua naik tiba-tiba.


Perjalanan pulang diteruskan. Sesampai di teratak bonda(rumah gua), gua dengan Od cerita dekat bapak. Terus bapak marah kitaorang bapak cakap itu 'Hantu Tanglung'.  Saat dan ketika itu, hanya Tuhan saje yang tahu perasaan gua. Muka gua yang hitam manis bertukar pucat lesu. Lemah, lembik satu badan tak terkata. 3 hari 2 malam jugak gua demam. Bunyi macam percutian menggembirakan, realiti itu mimpi ngeri. Trauma gua dengan Od hanya seminggu, aktiviti biase masih kami buat selepas seminggu. 


Gua terfikir jugak, nasib la hantu tu tak apa-apakan kitaorang. Agak-agaknya mesti dia pelik bila gua dan Od dengan selumber je pergi sergah dia tanpa rasa gerun. Mesti dia fikir kami penuh ilmu di dada. hahaa  terkenang zaman remaja buat gua rasa gua hebat jugak dulu.


p/s : Just share someone story. :)