Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Saturday, July 2, 2011

Zaman Nakal : Ini kisah Cebok.

Bila taip tajuk je pun gua dah gelak goleng-goleng sorang-sorang . Kalau lu orang ada kat tempat gua, gua rasa dah pecah perut kut gelak (tetiba rasa diri sangat jahat pulak gelakkan orang). Ok. kalau gua asyik gelak je, sambil bila-bila pun gua punya cerita ni tak akan habis ye tak.

Dulu masa gua dekat sekolah teknik, kerja-kerja masa bosan gua dan member-member adalah pekena orang. Walaupun zaman sekolah-sekolah dulu gua agak skema, tapi kadang-kadang gua mereng jugak. 

Kalau ingat-ingat balik zaman lu orang budak-budak dulu mesti lu orang ada buat satu benda tak berfaedah ni kan, iaitu tulis surat cinta letak bedak apa kejah semua tu kan?, tapi masa zaman teknik gua dulu, diaorang dah upgrade semua tu, tak main dah pakai kertas-kertas bagai ni. Membazir kertas aje! Membazirkan amalan syaiton~ 

So diaorang budak-budak teknik gua pakai conteng atas meja je, senang sikit! boleh padam-padam. Tengok! betapa bijaknya budak-budak sekolah gua, agak bangga 10 minit jap la.(tak boleh bangga sangat, berdosa!)

dan Oleh kerana gua duduk asrama, after maghrib je mesti kami budak-budak perempuan kena prep(study!) dekat bangunan form 5, iaitu kelas gua sendiri. Budak lelaki pulak prep dekat bangunan form 4.

Alkisahnya gua dengan member-member gua yang agak kebuhsanan dan ke-mengantuk-kan (mengantuk) tahap unta untuk study pun plan buat kerja jahat. Plan punya plan punya plan, kami pun target sorang lelaki budak kelas gua iaitu Dol (bukan nama sebenar). Kebetulan gua dan member-member tengah lepak dekat meja dia, kami pun kacau lah dia dengan jayanya. 

Macam-macam gua dan member-member gua tulis, tapi tak ada la macam-macam sangat. First intro, macam biasa la.."Hai awak nak kenal boleh?saya dah lama usha awak". Ok. gua hampir terguling tahan gelak bila ingat balik. Ayat memang tak menahan, tetiba gua sendiri jadi geli geleman. hahaha yang bestnya dia respon beb. Bila dia respon, apa lagi, kami jadi makin eksaited dan menggila la!

Tapi dalam eksaited dan gila kami ni pun, tak berani lagi la nak lepak atau study dekat meja Dol! sebagai langkah berjaga-jaga, lagi-lagi selepas plan jahat tu di lancarkan. 

Sampai la satu hari ni, sorang member gua Cebok (bukan nama sebenar) yang sememangnya tak tahu menahu pasal hal duniawi kelas ni or dia tak fikir akibat yang bakal dia peroleh tapi gua rasa dia tahu perihal apa yang kami buat tu, so dengan selamber badaknya si Cebok tu duduk dekat tempat Dol time prep malam tu. dan.. dan.. kebetulan pulak malam tu, Dol tak semena-mena muncul belakang kelas, kunun-kunun buat-buat nak ambik buku katanya, padahal gua dengan member-member gua tahu yang Dol dok nak usha siapa yang kunun-kununnya secret admired yang duk rajin conteng meja dia.

Ops.terlebih sudah. Memang dah nasib badan kan, tak pasal-pasal si Cebok tu yang kena. Gasak kau la! Dol dah pandang slack dah, dia pandang si Cebok tu kecik besar kecik besar je. (berasap kut gua rasa~) si Cebok dah tercengang-cengang sambil memberontak hentak-hentam kaki. Malu katanyan. Gua just boleh bagi nasihat, kalau dia tak buat buat apa dia nak malu kan.

dan perkara itu berlalu begitu saja. Entah si Dol ingat lagi ke tak benda ni?! ke gua sorang je yang ingat benda ni! si Cebok plak lama gua tak dengar cerita pasal dia.  Mana dia hilang entah..huhuu semuanya dalam kenangan. :)

2 comments: