Selamat Selamat ke "KARANGAN TEROMPAH PICISAN" BLOG. ♥ Thanx ^^

Sunday, February 10, 2013

Api Tanglung.


Mengimbau zaman nakal gua dulu boleh buat gua gelak sorang-sorang.

Kehidupan budak kampung macam gua ni penuh dengan rasa tidak takut. Kalaulah ditanya sekarang, gua tak berani jamin tahap keberanian gua masih macam zaman gua muda-muda dulu.


Gua ingat lagi, sewaktu gua 17 tahun masa bermain gua hanya pada waktu malam. Mana tidaknya, siang gua ke sekolah, petang gua jaga lembu bapak gua, malam pulak semestinya rumah tok aji tempat gua mengaji. Gelap malam pun bukan lagi benda yang menggusarkan gua. Teman sepermainan gua pada saat dan ketika itu adik gua sendiri Od yang hanya beza umur 2 tahun.


Gua ingat lagi, satu malam tu. Gua dengan Od pergi tengok wayang. Kami balik dalam pukul 1:00 pagi jugak la. Faktor pekan yang terlalu jauh dari rumah buat kami pulang lewat. Berbekalkan basikal tua bapak yang memang biasa gua dengan Od tibai untuk ke pekan.


Dalam kekacakan malam (ah.metafora gua melampau!), tiba-tiba gua terperasaan sesuatu yang bercahaya seperti api. Api yang boleh gua gambarkan seakan tanglung api yang panjang. gua pun tak pasti apa spesis. Ah. pertunjukkan bunga api apa waktu sebegitu?? Oleh kerana perasaan membuak-buak ingin tahu yang melampau, gua dan Od dengan slamber pergi ke arah cahaya api tu. Gua usha betul-betul, makin gua dekat makin api tu naik tinggi. tup-tup hilang dalam kepekatan malam. Ah!gua dan Od teruskan mencari tapi terjumpa. Sejuk malam yang mencengkam, buat bulu roma gua naik tiba-tiba.


Perjalanan pulang diteruskan. Sesampai di teratak bonda(rumah gua), gua dengan Od cerita dekat bapak. Terus bapak marah kitaorang bapak cakap itu 'Hantu Tanglung'.  Saat dan ketika itu, hanya Tuhan saje yang tahu perasaan gua. Muka gua yang hitam manis bertukar pucat lesu. Lemah, lembik satu badan tak terkata. 3 hari 2 malam jugak gua demam. Bunyi macam percutian menggembirakan, realiti itu mimpi ngeri. Trauma gua dengan Od hanya seminggu, aktiviti biase masih kami buat selepas seminggu. 


Gua terfikir jugak, nasib la hantu tu tak apa-apakan kitaorang. Agak-agaknya mesti dia pelik bila gua dan Od dengan selumber je pergi sergah dia tanpa rasa gerun. Mesti dia fikir kami penuh ilmu di dada. hahaa  terkenang zaman remaja buat gua rasa gua hebat jugak dulu.


p/s : Just share someone story. :)